RANGKAIAN


Ir. Haji Noor Razman bin Abdul Razak adalah merupakan graduan dari State University of South Dakota (USA) dengan Ijazah Sains dalam Kejuruteraan Awam pada 1986.

Selepas itu, beliau menyertai SABA Consult sebagai Jurutera Awam. Beliau merupakan salah seorang jurutera perintis yang telah didedahkan kepada banyak projek kejuruteraan awam di awal penglibatan beliau terutama kerja-kerja jalan.

Untuk meningkatkan pengalaman beliau dalam menyelia kerja-kerja pembinaan jalan, beliau telah menyertai ZATH Perunding Sdn Bhd pada 1992 yang beribu pejabat di Ipoh, Perak sebagai jurutera tapak.

Beliau ditugaskan untuk menyelia sistem perparitan dan kerja-kerja kawalan cerun untuk jalan dari Simpang Pulai ke Pos Slim di Perak. Selepas mengumpul pengalaman di tapak, beliau telah menyertai semula SABA Consult pada 1993 sehingga sekarang.

Beliau telah dilantik sebagai pengarah SABA Consultant Sdn Bhd pada Jun 2005. Beliau telah terlibat dalam banyak projek-projek utama yang dipelopori oleh SABA Consult danSABA Consultant Sdn Bhd.

 
Statik Pengujung: