RANGKAIAN


Graduan lepasan Universtiti Teknologi Malaysia pada 1977, Dato' Ir. Hj. Mohd Isa Bin Sarman telah memulakan karier beliau dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) sebagai seorang Jurutera Awam dan seterusnya memegang jawatan Pengurus Bahagian Kejuruteraan.

Disamping terlibat dalam pengurusan projek, beliau juga telah dilantik sebagai pengarah kepada anak syarikat PKENJ yang telah memberi pendedahan awal beliau kepada dunia perniagaan.

Pada Januari 1983, beliau telah menyertai Jurutera Perunding Kemajuan Sdn. Bhd sebagai Pengarah Eksekutif. Antara projek besar dibawah seliaan beliau ialah jambatan merentasi Sungai Perak di Kampong Gajah, menaik taraf Jalan Sungai Buloh Batu 3 Shah Alam dan skim perumahan di Klang.

Beliau telah menubuhkan SABA Consult sebagai sebuah syarikat pemilik persendirian pada awal 1984 untuk menjalankan kerja-kerja Perundingan Kejuruteraan Awam & Struktur.

Bersama-sama dengan Ir. Haji Noor Razman bin Abdul Razak, beliau telah membentuk SABA Consultant Sdn Bhd dan telah didaftarkan pada Jun 2005.

Dato’ Ir. Haji Mohd Isa bin Sarman adalah “Fellow” Institut Jurutera Malaysia dan juga seorang ahli Lembaga Jurutera Malaysia. Beliau telah dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Tuanku Jaafar (DPTJ) pada tahun 2008.

 
Statik Pengujung: